Terkadang ingatan kembali pada kata-kata seorang pensyarahku, “hati kita ini hanya mampu menjurus kepada suatu perkara cuma”. Dan dalam banyak hal, beliau sememangnya betul.
Pernah ketika kita hanya memandang pelajaran, hampir semua aktiviti sampingan kan terabai, dan saat kita memandang perempuan yang diharapkan, dunia sekeliling seakan sirna dari kewarasan.
Cubalah duduk dan renung sejenak. Belajarlah tuk memandu hati ke arah kebaikan.
Terima kasih Sir Mohi, kerana kata-katanya itu masih lagi kuingati.
