mahal sangat ke harga beg plastik nipis tu?

9 06 2007

Baru sekejap tadi, saya pergi ke satu kedai dalam kawasan kampus UIAM ni, untuk membeli topup, dan berkira-kira hendak meminta satu beg plastik nipis untuk disumbat bungkusan makanan di tangan saya.

Setelah membayar harga topup…

“Uncle, boleh mintak plastik tu tak?”

“Mana u beli tu?”, merujuk kepada bungkusan makanan dalam pegangan saya.

“Kat atas sana”

“Diorang takde plastik ke?”

Saya rasa meruap, panas!

“Ntah la diorang”

“Macam mana ni sampai minta plastik sini..”

Dan tauke kedai tu, dengan muka terpaksa, menarik satu beg plastik, menghulurkannya kepada saya dengan muka masam.

Sumpah.. Saya rasa ingin campakkan kembali beg plastik itu pada mukanya. Tapi rasionaliti saya menegah. Saya mengambilnya dengan ‘terima kasih’ yang sangat ironik.

Saya tak akan pergi ke kedai itu lagi, insyaALLAH buat selamanya. Saya tak akan rugi apa-apa.

DR Radwan Jamal Al-Atrash pernah berpesan kepada kami dalam kelasnya, hampir seminggu lalu, katanya, “kalau anda mahu jadi kaya, anda mesti bersifat pemurah terlebih dahulu..”

Saya tersenyum keseorangan. Mungkin harga beg plastik itu RM 3.40, bagi tauke itu. Saya simpati padanya.

Advertisements

Actions

Information

One response

9 06 2007
Nihlah Johari

uh-uhh…..
smoge sy takkan wat cemtu bile2 dan selamenye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: