kawen-kawen

24 07 2008

Asalnya ‘kahwin’, tapi pabila disebut laju-laju, ‘kawen’ jadinya. Kawen pun kawen la.

Saya mendengar banyak cerita kawen, terutamanya musim cuti persekolahan. Saya tidak pelik, memang sudah sebegitu, dan saya juga tidak terkejut, kerana memang sudah sebegitu.

Tapi 2-3 minggu lepas, saya memang dikejutkan dengan kawen-kawen ini!

Kisah kawen-kawen 3 orang sahabat saya.

Seorang telah lama terputus hubungan dengannya. 2-3 minggu lepas, saya terserempak dan berborak-borak dengannya di laman sembang maya, dia tiba-tiba mengaktifkan kolum perkongsian gambar, dan gambar itu ialah gambarnya yang sedang menyarungkan cincin ke jari suaminya!

Aduh! Perkahwinannya diadakan kecil-kecilan, lebih setahun yang lalu tatkala umur mereka berdua baru mencecah 20 tahun! Suaminya seorang muallaf. Alhamdulillah, perkahwinan menyatukan aqidah dan cinta.

Seorang lagi memang agak rapat dan agak selalu berhubung. 2-3 minggu lepas, kami berbalas mesej, dan tiba-tiba dia memberitahu, “ni nak bagitau awal-awal ni, 11 oktober nanti walimah ana, mark dalam kalendar ye!”

Walimah?!

Itu yang pertama. Seminggu kemudian, dalam blog peribadinya, dia menyiarkan siapa bakal suaminya.

Siapa?

Bakal suaminya sahabat saya, sahabat baik dia juga. Sungguh terkejut!

Dan kami semua sebaya, 21 tahun sekarang.

3 sahabat saya itu, saya telah mengenali mereka sejak bertahun-tahun.

Saya yakin mereka bertemu dengan pasangan yang sangat sesuai untuk seumur hidup mereka. Dan saya berdoa kepada ALLAH untuk mereka, “semoga kekal bahagia hingga ke jannahNYA…”

Kepada kalian bertiga, doakan kita semua.

Berbahagialah wahai qolb…

Advertisements

Actions

Information

2 responses

25 07 2008
sidqi

wah boleh2.. aku bab bbq ni mmg pantang..

jom jom..

nela pinjam serena.. hehehe

25 07 2008
azree hanifiah

yg nak kawen 11 Oktober tu kita pi serang rumah pengantin nak?

Dengar kata malam tu akan ada BBQ… Ngeh3…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: