Fan-Page-FB-Kerjaya

17 01 2012

Fan-Page-FB-Kerjaya





salam ramadhan 1430

24 08 2009

Flash Puasa

Berkata ALLAH SWT di dalam KitabNYA yang agung:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣) أَيَّامً۬ا مَّعۡدُودَٲتٍ۬‌ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُ ۥ فِدۡيَةٌ۬ طَعَامُ مِسۡكِينٍ۬‌ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيۡرً۬ا فَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّهُ ۥ‌ۚ وَأَن تَصُومُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١٨٤) شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (١٨٥

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183) (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (184) (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185)”

Dan di dalam suatu hadis, Nabi Muhammad SAW telah berpesan:

عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه" [ ص: 421

Dari Abi Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Kepada semua pengunjung: rakan sahabat dan teman, saya meminta maaf atas semua salah silap antara kita, dan saya maafkan anda semua.

Salam Ramadhan 1430.

ramadhan

Rujukan

http://www.quranexplorer.com/quran/

http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1010&idto=1010&bk_no=10&ID=1001

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/08/15/tawaran-pengampunan-puasa-ramadhan/

http://testi.iluvislam.com/category/bulan-islam/ramadhan/page/5/





gedik!

2 06 2009

[entri ini mengandungi kutukan dan bahasa pasar yang disengajakan]

Tadi aku ke Berjaya Times Square, nak ke Acer Service Centre [Highpoint Service Network] tingkat 9 tuk tengok apa yang rosak pada laptop client aku tu.

Pukul 12.30 kurang lebih aku sampai. Uh lupa sekarang cuti sekolah. Jadi ramailah budak-budak hingusan di sana.

Daripada beribu-ribu yang menyesakkan tu, ada la sekumpulan budak perempuan, lingkungan tingkatan 4 ke 5 macam tu, terserempak dengan aku dalam Monorail.

Uh terkinja-kinja!

Sangatlah galak bergurau dengan yang seangkatannya terjerit-jerit mengekek di khalayak ramai. Oi budak! Baru pertama kali sampai ke Times Square ke? Atau suka sangat dapat markah paling tinggi exam hari tu? Patutlah dalam al-Quran Allah samakan suara yang paling buruk itu dengan suara keldai.

Tak cukup dengan itu, disumbat pula batang paha yang kononnya ramping padahal penuh lemak segera dalam jean sempit. Ranggi konon! Geli syial~

Oh kenapakah perlu mengikut Barat dalam berpakaian? Cool? Up-to date? Come on la~

Kan ke cun dan ayu gitu pakai baju kurung? Oh tak boleh nak ekspresi diri? Cik adik, dalam Islam, kebebasan ada haknya ok?

Herm, macam mana la nak dapat laki bagus kalau perangai camtu? Tunggu nanti baru nak berubah? Hei lagi cepat lagi bagus!

Sedarlah sikit, Tanah Melayu kau ni dah nak tergadai dek pendatang yang mula menjajah menjarah ni! Datuk nenek dah penat berjuang, cucu-cucu bergelak tawa membiarkan masa depan dirampas pendatang tak sedar diri?

Gedik! Tak tahu diuntung!

 





hilang yang lama

15 05 2009

Lama sungguh menyepi, berbulan-bulan. Namun sebenarnya banyak yang mampu dipuaskan, terutamanya pelajaran. AlhamduliLlah.

Walau sejujurnya banyak jua idea yang ingin dilontarkan, insyaAllah akan menyusul kemudian. Biarlah sekurang-kurangnya rehat ini terisi jua.

Terkadang ingatan kembali pada kata-kata seorang pensyarahku, “hati kita ini hanya mampu menjurus kepada suatu perkara cuma”. Dan dalam banyak hal, beliau sememangnya betul.





saya sedang mencuba [ii]

12 05 2009

saya sedang mencuba ii





saya sedang mencuba

12 05 2009

saya sedang mencuba windows live writer

saya sedang mencuba windows live writer

saya sedang mencuba windows live writer

saya sedang mencuba windows live writer

saya sedang mencuba windows live writer

saya sedang mencuba windows live writer





pertemuan : yang tak terjangka dan yang ditunggu

10 01 2009

Tadi, kerana menghargai hidup berteman, dengan senang hati aku berpakaian selayaknya dan menunggu bas lebih sejam untuk ke Kota Bharu.

Jalan ke bandar agak cerah sejak 2 hari hujan menyepi. Dan bas yang kunaiki ternyata lengang.

Sedang dalam perjalanan dari Pasar Siti Khadijah menghala ke The Store setelah melintas jalan, 3 orang gadis bertudung labuh dan kain ungu berjalan dalam arah yang bertentangan denganku. Dan di tengah-tengah, gadis yang paling tinggi, memandangku dan aku perasan tentang dia.

Dia gadis yang kulihat kala menemani adikku menjalani ujian kemasukan ke tingkatan satu di Pasir Pekan. Dia juga menemani adikku. Bezanya aku sekeluarga, dan dia hanya dengan adiknya. Daripada perbualannya dengan kawan baru Abah yang dikenalinya situ, seorang pensyarah CELPAD UIAM Gombak dari Lundang Paku, dia dan adiknya menyatakan bahawa mereka berasal dari Skudai, Johor, dan kakaknya itu bersekolah di Panchor. Oh, sekali dulu dalam tingkatan 4 pernah aku ke situ untuk persiapan Hari Terbuka YIK 2003.

Kakaknya dan aku sempat bertukar pandang tanpa sebarang maksud dalam kebosanan menunggu, dan tadinya, melihat dia memerhatikan aku, aku mengangkat wajah dan secarik senyuman biasa kuberikan tepat ke anak matanya. Entah bagaimana balasannya tidak kuketahui kerna cepat aku berjalan melepasinya. Dan kuharap agar dia tetap baik-baik sahaja dan adiknya akan berjaya memasuki sekolah itu.

Usai urusan di pusat bandar, aku berjalan terus ke KB Mall, melewati lopak-lopak takungan air hujan yang masih bersisa mesti langit telah cerah selama 2 hari setelah memandikan kami selama 13 hari.

KB Mall telah agak sedikit berubah sejak kali terakhir aku membuang masa di situ, entah berapa bulan lalunya.

Dalam jam-jam aku di situ, berjalan tanpa sebarang tujuan khusus, sempat aku terserempak dengan 2 orang rakan dari Maahad, seorang sempat kutegur dengan mata yang cepat, dan seorang lagi hanya kulihat belakangnya.

Setelah dengan nekad aku ingin pulang malam, dan dalam mundar-mandir itu, aku terlihat dia, bersama kawan-kawanya, namun anak matanya tertuju ke arah lain. Hanya sekilas pandang tajam aku lantas mengenali raut mukanya yang dewasa. Berdebar dalam pura-pura tidak mengenalinya, aku cepat berjalan terus.

Beberapa detik kemudian satu mesej mendatangiku dan dia menyatakan telah melihat aku berpakaian sekian-sekian.

Aku hanya mengiakan, dan dia pergi bersama kawan-kawanya.

“Lama atau sekejap, kesendirian akan membuatkan kita kearifan sendiri”. Itu kata-kata dalam novel besar yang tak ingin kubesar-besarkan di mana-mana. Dan fikiran itu ada benarnya.

Aku terus menyendiri dan menunggu dengan harapan dia akan datang dan minum segelas jus lobak merah segar dan berbicara di depanku dengan gayanya yang matang dan bahasanya yang bersahaja.

Oh, kadang-kadang keinginan kita, pabila telah tidak berhasil semua usaha dan pasrah pada takdir, hanyalah mimpi tak tergapai tangan nyata. Dan aku terus menggawang kayangan indah.

Lenguh menunggu, aku menatap novel dengan penuh pengharapan, untuk mengetahui bahawa akhirnya doa itu tetap sebuah mimpi manis.

Pijar mataku pada aksara-aksara kemas di atas kertas putih, aku bangun dan berjalan-jalan di celah-celah kemewahan kebendaan sambil terus-terusan berharap tentang dia dan berkhayal dengan kemewahan sekeliling yang belum mampu kumesrai, tetapi pastinya akan!

Penat, lantas aku berpusing-pusing di celah-celah minuman sejuk ketika mesej darinya tiba, dan dia sebenarnya ada di sekitarku.

Aku masih lagi berharap ketika telefon genggamku berdetar dan mengeluarkan bunyi aneh. Oh, itu panggilan darinya.

Dari jarak sepelaung, dia memberitahuku arah tempatnya berdiri dan melambai ke arahku. Dan dari kejauhan itu, sempat kutangkap rona mukanya yang ceria dan terbuka. Dia akan menaiki basnya dan menamatkan percakapan 10 saat kami dengan ucapan selamat tinggal dalam bahasa asing, dan talian kami terputus.

Gesa-gesa aku beratur membayar yogurt di tangan dan terus membuntuti langkahnya yang telah sirna.

Entah bagaimana, beberapa jam sebelumnya, ada gerak hatiku yang menyatakan bahawa aku akan bertemu dengan seseorang yang kurang menyenangkanku. Dan perkara itu benar-benar terjadi. Aku bertemu dengan dia dan suami serta anak-anaknya. Kami berselisih namun aku tetap tidak mendekatinya. Dan aku tak harus menoleh lagi.

Menjejaki temanku tadi tidak mudah. Aku mencari-cari bas ke destinasinya. Terjumpa dan aku meninggikan badan mengintai sosoknya. Tapi kehampaan tetap degil.

Mengandaikan itulah basnya, aku menanti penuh sabar bas itu bergerak perlahan-lahan menuju destinasi, tanpa pernah berjaya melihatnya lagi malam tadi.

Dengan hati separuh rapuh, aku menapak kosong pulang ke rumah.

Dan dalam kesendirian itu, kearifan sendiriku memunculkan sebegini:

“Setialah dengan yang lama dan terpercaya, jangan sekali-kali terus memuja yang baru, kerna yang baru itu mula hadirnya sekejap dan belum pernah teruji pengorbanannya olehmu”

Terus aku tersenyum memahaminya, temanku itu.

Dan semoga ia terus baik-baik selalu di sisi keluarga dan teman-teman yang mengasihinya.

13

as-the-day-goes-01

 

away-they-have-gone 

– dedikasi buat yang pernah bergelak tawa bersama

– the pictures are the intellectual property of pravsworld.com and are used here for not-profitable purposes

4 Disember 2008, 3 pagi..